Thursday, May 14, 2009

Pendidikan berteras fitrah

FITRAH ciptaan manusia ialah menjadi hamba kepada Allah SAW. Berasaskan kepada fitrah itu, maka umat Islam perlu membentuk jati diri berasaskan keimanan kepada-Nya. Dunia perlu dibangunkan berdasarkan perundangan dan peraturan di dalam al-Quran dan hadis. Ilmu dan pendidikan yang sempurna berperanan penting dalam pembentukan jati diri umat Islam.

Ciptaan manusia adalah terlalu unik dan pelbagai. Ia bertujuan memudahkan manusia mengendalikan urusan hidup secara terurus bagi membangun dunia sebagai persinggahan yang indah sebelum ke alam akhirat.

Manusia mempunyai perbezaan dalam akal fikiran, perasaan dan cita rasa. Kepelbagaian ini menyebabkan manusia mempunyai perbezaan corak kehidupan dan minat.

Perbezaan dan kepelbagaian ini merupakan perancangan Ilahi. Oleh itu, umat Islam sepatutnya memahami bahawa mereka akan menjadi umat paling baik jika mereka mendidik dan mengasuh anak-anak berasaskan kepada fitrah manusia diciptakan.

Setiap anak yang dilahirkan dihiasi oleh Allah dengan bakat dan kebolehan tertentu. Bakat anugerah Allah itu jika dipupuk dan diasuh sebaik mungkin, akan menjadikan umat Islam menguasai pelbagai kepakaran. Ia merupakan asas pendidikan Islam.

Masyarakat Islam kadang-kala membuat kesilapan dalam penafsiran kebijaksanaan dan kepintaran kanak-kanak dan pelajar. Pencapaian akademik dalam bentuk kecemerlangan sewaktu peperiksaan sering ditafsirkan sebagai kebijaksanaan. Mereka yang gagal dalam peperiksaan dianggap sebagai "bodoh dan kurang berkemampuan".

Sedangkan tidak semua manusia yang dicipta itu mempunyai bakat yang sama. Ibu bapa dan guru-guru dapat memahami bakat kanak-kanak dengan melihat cara mereka berfikir, bertindak dan berbicara. Gelagat dan tingkah laku mereka perlu diteliti dan dikaji supaya bakat yang dimiliki oleh mereka diperkembangkan mengikut fitrah mereka diciptakan.

Kanak-kanak dan pelajar yang tidak berminat dan kurang berjaya dalam akademik tidak sepatutnya dipaksa menuntut ilmu yang tidak diminati oleh mereka kerana ia bertentangan dengan fitrah ciptaan mereka.

Penilaian kebolehan para pelajar perlu dilihat dalam bidang mata pelajaran yang diambil oleh mereka secara keseluruhan bukan hanya menekankan sesuatu bidang sahaja. Tindakan begini boleh membantutkan pelajar untuk mengembangkan bakat dan kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Kesilapan dalam penilaian kebolehan para pelajar dalam ilmu pengetahuan merupakan faktor utama yang menyebabkan negara menghadapi krisis pengangguran, bertambahnya bilangan remaja berkeliaran sehingga terjerumus dalam gejala tidak bermoral.

Oleh itu, sistem pendidikan perlu berasaskan kepada dua aspek utama iaitu mendidik para pelajar memahami kehendak rohani dan fizikal. Pendidikan rohani secara teori dan praktikal membolehkan pelajar mengimbangkan jiwa dan pemikiran mereka apabila berada dalam kegelisahan, kekecewaan dan penderitaan. Mereka tidak akan menjadi liar dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri dan masyarakat. Pendidikan kerohanian boleh membentuk anak-anak dan pelajar menjadi mantap dan kental dalam mempertahankan prinsip hidup sebagai orang yang beriman dan mulia.

Pendidikan yang berasaskan kepada kehendak fizikal adalah berkaitan dengan kepelbagaian kepakaran dalam bidang ilmu sehinggalah kepada peringkat menjadi petani, nelayan dan buruh kasar. Para pelajar yang tidak berminat dalam bidang akademik, terkenal dengan kelasakan sepatutnya dimasukkan ke sekolah tentera dan polis sejak kanak-kanak lagi. Bakat lasak dan keberanian memberi gambaran kepada ibu bapa dan guru bahawa kanak-kanak ini akan menjadi wira dalam mempertahankan negara jika bakat dan minat mereka diasuh sejak kecil lagi. Bakat begini amat penting dalam latihan ketenteraan dan pertahanan negara.

Rasulullah SAW dan para sahabat amat prihatin mengasuh kanak-kanak, sama ada lelaki dan perempuan menjadi lasak dan berani. Menunggang kuda dan memanah merupakan satu latihan lasak yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Latihan begini boleh membentuk remaja lelaki dan wanita menjadi orang yang mempunyai jiwa kental dalam mempertahankan negara dan masyarakat.

Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pertahanan perlu bekerjasama dalam mengembangkan bakat dan minat kanak-kanak dan remaja yang tidak berminat dalam bidang akademik.

Kanak-kanak dan pelajar dalam kategori ini sepatutnya diberi pendidikan dalam bentuk pergerakan fizikal, kemantapan mental dan kerohanian. Ilmu pengetahuan yang diajar kepada mereka adalah berkaitan dengan sejarah dunia, kepahlawanan dunia, strategi mempertahankan negara, politik dan seumpamanya. Ilmu-ilmu begini amat penting diserapkan ke dalam minda remaja dalam golongan ini kerana ia boleh membentuk mereka menjadi orang yang amat prihatin terhadap keselamatan masyarakat dan negara. Sekolah dan institusi melatih remaja dan lelaki dan wanita berkaitan dengan ilmu kepahlawanan amat penting bagi memperkukuhkan kedudukan politik dan keselamatan negara.

Kanak-kanak yang lemah dalam bidang akademik dan mempunyai personaliti yang agak pasif perlu diberi latihan dan pendidikan berkaitan dengan kemahiran pertukangan, jahitan, kesenian, pertanian dan ilmu-ilmu yang membolehkan mereka berdikari dan mencari nafkah hidup. Ia sekali gus membantu negara menonjolkan keindahan Islam melalui kreativiti mereka. Kanak-kanak dalam golongan ini dianugerahkan oleh Allah dengan bakat seni dan kehalusan yang mampu mengeluarkan barang-barang yang unik dan indah. Oleh itu usah diasak pemikiran mereka dengan ilmu-ilmu akademik yang tidak diminati dan dicapai oleh akal fikiran mereka.

Latihan dan proses memperkembangkan bakat perlu dilakukan ketika mereka di peringkat kanak-kanak dan remaja. Ilmu dalam perspektif Islam adalah luas dan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Kepelbagaian bakat dan minat merupakan satu bentuk ciptaan Allah. Ini kerana untuk membangun dan membina tamadun yang tinggi, manusia memerlukan kepelbagaian peranan dan kepakaran. Buruh juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan pengukuhan bangunan dan pekerjaan yang memerlukan tenaga dan titik peluh. Oleh itu taraf dan status manusia di sisi Allah ialah ketaqwaan bukan wang dan pangkat.

Allah tidak menjadikan kesemua manusia mempunyai bakat menjadi pemimpin, sarjana dan kepakaran yang sama kerana jika ini merupakan fitrah ciptaan Allah maka dunia akan hancur kerana masing-masing berebutrebut untuk menjadi pemimpin dan menjawat jawatan tinggi.

Oleh itu sistem pendidikan negara sepatutnya dikaji semula supaya kanak-kanak yang nakal dan lasak tidak memilih jalan hidup menjadi pelumba haram di jalan raya kerana bakat dan keberanian mereka tidak disalurkan ke arah latihan dan pendidikan sejajar dengan "bakat" berkenaan.

PENULIS ialah Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM
-------
-Rujukan di sini

Wednesday, May 13, 2009

Komitmen guru tingkatkan sistem pendidikan

KUALITI sistem pendidikan tidak boleh me ngatasi kualiti guru-guru. Dengan perkataan lain guru yang sebenarnya menjamin kualiti sistem pendidikan di sesebuah negara.

Laporan Mckinsey ini diakui oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Oleh itu, falsafah ini selaras dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Guru berkualiti adalah suatu ke mestian dan bukan lagi keistimewaan dalam konteks pendidikan di negara ini.

Ini juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mi or Shaharuddin bahawa berkualiti itu mesti ada dalam diri seseorang guru.

“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wa wasan 2020,” tegasnya.

Kementerian Pelajaran katanya bertang gungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana guru berkualiti menjamin ‘kemen jadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.

“Ini juga ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kemenjadian adalah outcome yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya bukan output. Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi outcome ataupun kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang,” katanya.

Berdasarkan tema Guru Pembina Negara Bangsa ini juga beliau melihat peranan guru amat penting dalam membina negara bangsa justeru pelancaran buku Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.

SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pe gangan bagi guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguru an, pengetahuan dan kefaha man dan kemahiran pengaja ran dan pembelajaran (P&P).

Guru akan membuat pena rafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya ber banding dengan standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan kendiri adalah untuk guru me nambah baik kualiti diri dan tugas masing-masing.

“Mereka menggunakan ins trumen ini boleh mengetahui di mana diri dia, dia boleh berusaha mencapai standardnya yang kita tetapkan. Guru sendiri ataupun pihak-pihak tertentu boleh juga membuat penilaian terhadap guru,” katanya.

Namun tegas Asariah, SGM bukan suatu penilaian untuk menghukum guru dan bukan untuk dikuatkuasakan tetapi hanya untuk diuar-uarkan bahawa guru di negara ini mem punyai standard kualitinya sendiri seperti gu ru di negara lain terutama negara maju.

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan me lihat di mana diri mereka dalam sistem. Bagi guru yang sering tertanya tentang ‘berkualiti’, apa standard yang mereka perlu ada maka SGM adalah petunjuknya.

Walaupun pembikinan SGM berasaskan ne gara luar namun penanda arasnya dibangun kan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.

Melahirkan guru berkualiti dan guru ce merlang pokok pangkalnya adalah bermula daripada pengambilan calon dan latihan yang diikuti oleh guru-guru berkenaan. Justeru kata Asariah, pengambilan guru yang ber kualiti bukan sahaja dengan kelayakan aka demik tetapi mengenal potensi seseorang itu yang boleh digilap untuk menjadi guru yang berkesan.

“Untuk itu calon perlu me lalui ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTest). Perkara yang kita tekankan ialah dari segi kematangan fikiran dan dalam MTeST itu ada satu kom ponen iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), yang me nekankan aspek yang kita kenal pasti daripada guru-guru selain adanya Malaysia Educations Se lection Inventory (MEdSI) oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA)’’ katanya.

Kementerian Pelajaran sen tiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara pengambilan guru-guru baru dan mengenal pasti calon yang ada potensi untuk dibangunkan sebagai insan guru yang berkesan.

Selain daripada ujian ini, calon-calon juga dikehendaki menghadiri temu duga untuk mengenal pasti kebolehan berkomunikasi, kematangan berfikir, cara menyampaikan idea dan berhujah dan ini telah diperke nalkan sejak 10 tahun yang lalu.

Kini Kementerian Pelajaran sendiri amat berbangga bahawa trend permohonan guru tidak lagi menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan akhir. Apatah lagi baru-baru ini bagi permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) banyak calon yang memohon adalah mereka yang mempunyai keputusan SPM cemerlang malah memperoleh keputusan 13 1A.

“Mereka meletakkan pilihan keguruan se bagai pilihan pertama berbanding lapan pi lihan yang lain. Bagi saya, itu telah mem perlihatkan kejujuran dan keikhlasan mereka untuk menjadi guru,” katanya.

Jika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru menjalani latihan dan apabila mereka keluar menjadi guru baru, mereka terus dinilai melalui Program Jaminan Kua liti yakni apabila ditempatkan di sekolah. Di sana mereka wajib meminta dinilai oleh guru besar dalam tempoh enam bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah.

Mereka dinilai daripada personaliti, P&P, kokurikulum dan aspek pengurusan dan dari semasa ke semasa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan memantau prestasi guru.

“Selepas enam bulan guru besar akan me mulangkan semula borang penilaian kepua san pelanggan kepada IPGM dan kita me nganalisis, apakah pandangan Guru besar terhadap prestasi guru-guru ini selama enam bulan,” katanya.

Dan untuk itu IPGM telah menetapkan kualiti standard bahawa guru baru mesti melepasi sekurang-kurangnya 80 peratus da ripada standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan.

Pada 2008, guru keluaran IPGM telah me lepasi standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan dan ini memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 Kementerian Pelajaran.

Menyedari latihan praperkhidmatan itu ti dak boleh menjamin seorang guru untuk kekal berkualiti berkhidmat dalam tempoh 30 tahun akan datang maka program latihan dalam perkhidmatan guru amat penting agar mereka sentiasa mempertingkatkan kema hiran dan pengetahuan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Kemen terian Pelajaran menyediakan peluang untuk guru menambah ilmu, mendapatkan kema hiran dan kursus motivasi agar mereka peka tentang tugas dan tanggungjawab dan ke cintaan mereka terhadap profesion ini.

Mulai tahun lalu, Ketua Pengarah Pela jaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sendiri telah mengarahkan peruntukan terus kepada sekolah untuk melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah.

Tahun ini sahaja, kira-kira RM47 juta telah diperuntukkan kepada semua sekolah untuk sekolah menjalankan latihan di samping kur sus yang diadakan oleh IPGM dan pihak lain.

Dengan peruntukan itu guru besar melalui jawatankuasa latihan perkhidmatan peringkat sekolah akan membuat analisis keperluan la tihan dalam kalangan guru mengenai bidang yang diperlukan oleh guru dan pada pandangan Guru besar memang guru itu memerlukannya.

Mereka boleh mendapat khidmat dari IPGM atau pensyarah untuk datang ke se kolah melaksana kursus atau menghantar guru mengikuti kursus yang diperlukan.

Kata Asariah, cabaran untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah tanggungjawab bersama dan masyarakat tidak boleh me letakkannya kepada satu-satu pihak sahaja sebaliknya semua pihak bertanggungjawab, misalannya pihak IPGM bertanggungjawab melahirkan guru permulaan yang berkualiti.

Apabila guru ini ditempatkan di sekolah, sekolah pula perlu menyambut dan menyo kong agar guru ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Justeru IPGM me ngalu-alukan maklum balas daripada guru besar dan pengetua mengenai perkara yang perlu ditambah baik.

“Ini kesedaran kita. Setelah keluarkan pro duk kita, kita hantar kepada pelanggan. Pe langgan beri maklum balas apa yang perlu ditambah baik dan kita mengharapkan pihak sekolah terus membimbing guru.

“Maklumlah guru yang baru ini, walaupun sudah menjalani latihan selama empat tahun mereka perlu masa menyesuaikan diri. Untuk itu mereka memerlukan bimbingan yang berterusan daripada pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, latihan permulaan tidak mencukupi sebaliknya guru perlu latihan berterusan untuk pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang cara mereka perlu ber depan dan menangani cabaran semasa.

Justeru, kata Asariah, sokongan, komitmen, kerjasama dan keterbukaan semua war ga pendidik menyahut cabaran itu merupakan kunci kejayaan warga pendidik dan sistem pendidikan itu sendiri.
--------------
- Rujukan di sini

Monday, May 4, 2009

Ustaz Menjawab : PENDIDIKAN ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

Soalan
Munirah : saya sgt berminat dgn hasil tulisan saudara, saya sedang mencari pedagogi rasulullah... sy student ipgm dato' razali ismail,terengganu.

Jawapan saya
Terima Kasih.. Pulangkan semula pujian pada Allah.. Mungkin maklumat berikut akan membantu..
---------------------

Ayat al-iqra’

• Menekakan kewajipan menuntut ilmu
• Melibatkan proses:
mental
pengenalan
ingatan
pengucapan
pemikiran
daya kreatif
psikologi

• Imam al-Ghazali – terdapat 1404 ayat / 25 peratus Al-Quran menyentuh tentang pendidikan
• Peringkat awal – pendidikan adalah tanggungjawab orang perseorangan dan guru mengajar murid tanpa campur tangan negara
• Nabi saw menjadi guru menyebarkan agama Islam kepada umatnya, bersumberkan wahyu
• Corak pendidikan baginda semasa di Makkah berbeza dengan Madinah, kerana keadaan dan suasananya berbeza


Keseluruhan pendidikan Baginda berfokuskan kepada tiga perkara:
• Pendidikan akidah
• Pendidikan akhlak
• Pendidikan syariah


Bagaimanakah cara Rasulallah saw menyampaikan ilmu/ pendidikan ketika di Makkah ?

PENDIDIKAN DI MAKKAH

• Tumpuan soal akidah
• Penyampaian ilmu secara sulit
• Tertumpu kepada ahli keluarga terdekat
• Orang yang mula-mula terima pendidikan Islam Khadijah, ‘Ali bin Abi Talib, Zaid bin harithah dan Abu Bakar
• Pendidikan secara lemah lembut dan penuh hikmah
• Semakin hari semakin ramai memeluk Islam, antaranya Uthman Affan, al-Zubayr bin al- Awwam, Abdul rahman bin ‘Auf, Talhah, al-Arqam dll
• Selepas secara sulit ( 3 tahun ), Nabi saw menyampaikan secara terang-terangan di Bukit Safa menyeru kepada Islam – ditentang Abu Lahab
• Menyampaikan secara pidato, ceramah dan tabligh di tempat awam ( pekan Ukaz) berhampiaran Kaabah pada musim Haji
• 622M Nabi saw dan umat Islam hijrah ke Madinah

PENDIDIKAN ISLAM DI MADINAH

• Pengajian di masjid – masjid Quba’ dan Masjid Nabawi
• Mula berbentuk tidak formal, merupakan sekolah pertama
• Pendidikan lebih sistematik dan formal setelah serambi ( al-suffah ) didirikan bersambung dengan masjid
• Al-Quran menjadi kitab utama
• Mata pelajaran termasuk; dasar Islam, seni khat,sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing
• Baginda memerintah setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis - mengajar orang yang tidak tahu
• Pendakwah yang pandai membaca dan menulis dihantar ke daerah yang baru masuk Islam
• Misalnya, Muaz bin Jabal mengajar orang baru peluk Islam di Yaman
• Pendidikan pertama di Madinah ialah menyatukan ummah dan mengikis sisa-sia permusuhan
• Konsep pendidikan Islam di Madinah berfokuskan kepada ibadat dan syariah ( tanpa melupakan soal lain )

Konsep Ibadat :

• Mendirikan solat Jumaat, sunat Solah Hari raya Aidil Fitri dan Adha dan sembahyang sunah lain
• Peringatan menjaga waktu solat
• Pendidikan berpuasa – Ramadhan 2 Hijrah
• Tahun 6 Hijrah
• Ibadat haji
• Zakat
• Hukum perkahwinan
• Kegiatan ekonomi dan pemerintahan

Pendidikan akhlak:

• Sejak zaman Makkah
• Ditambah dengan adab;
masuk rumah orang
berjiran
bergaul dengan masyarakat

Cara penyampaian:

• membaca kisah-kisah daripada Al-Quran dan
kisah umat terdahulu
• Perkataan dan perlakuan

Pendidikan Membaca dan Menulis:

• Orang yang pandai disuruh menulis Al-Quran yang diwahyukan
• Mengajar umat yang tidak pandai
• Musuh yang ditawan daripada perang Badar diminta ajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal di Madinah
• Umat Islam digalak mempelajari bahasa asing
• Pendidikan kepada wanita – agama & keduniaan
• Bersumberkan Al-Quran dan Hadis