Monday, April 13, 2009

Perkembangan Kognitif

PERKEMBANGAN KOGNITIF

PENGENALAN

Untuk memperincikan tajuk perkembangan fizikal ini, saya akan mengguna kan teori Jean Piaget. Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980), seorang biologis Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.Menurut beliau, bayi perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan.Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa, kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya.

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK.
Saya akan menggunakan teori Piaget untuk mengembangkan tajuk ini dan saya membuat rujukan serta pendapat dari hasil tulisan Lee Shok Mee (1990:26) dan Abdul Rahim M. Ali (2001 : 82) mengenai teori ini. Paget telah mengemukakan empat tahap perkembangan kognitif manusia iaitu :-

1. Peringkat Sensori Motor (dari masa lahir hingga umur 2 tahun)
Pada peringkat bayi,tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Bayi mengetahui alam sekitarnya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang lain.Pada kira-kira umur 2 tahun, kanak-kanak memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek,iaitu ia sedar,objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh.Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku tau tabiat seperti menghisap ibu jari.Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak.

2. Peringkat Praoperasi (dari umur 2 hingga 7 tahun)
Peingkat ini menonjolkan sifat naluri dan pemikiran simbolik.’Praoperasi’ ber maksud kanak-kanak mula berfikir secara lojik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang lojik. Salah satu aktiviti nalui dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup.Contohnya, main masak-masak,berlagak sebagai pemandu kereta mahupun doktor.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa.Masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup.Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain.Piaget menamakan keadaan ini egosentrime (memusatkan kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain).

3. Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun)
Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau mengguna- kan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ’lebih berat’, ’lebih tinggi’ dan sebagainya.
Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga.

4.Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan ”apa yang mungkin berlaku” daipada ”apa yang bakal berlaku”.Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi.Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
---------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 April

2 comments:

helmi said...

salam...bila baca balik artikel tentang teori pendidikan & perkembangan kognitif ni, teringat masa kursus pendidikan dulu, selalu pening kepala

Nazmie Samarahan said...

Wasalam..memmang pening bila baca..lagi tension..tak guna pun di sekolah..