Sunday, September 27, 2009

Plagiat jejas imej, integriti pendidikan

AKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.

Aktiviti plagiarisme seperti yang dilaporkan di media massa ketika ini bukanlah perkara baru di dalam sejarah penulisan dan pendidikan negara, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani epidemik intelektual ini agar tidak terus menular.

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.

Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

Meringkas dan memparafrasakan dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memparafrasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.

Manakala hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya.

Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya.

Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.

Walaupun masalah ciplak atau plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti negara ini masih kecil, namun mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras. Ini adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benarbenar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.

Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual ini.

Pihak universiti mesti tegas dan mengambil tindakan terhadap penuntut yang menggunakan penulis professional untuk menyiapkan tesis atau kajian akademik mereka, tidak kira sama ada dari universiti awam atau swasta.

Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara profesional menyiapkan tesis mereka.

Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.

Semua pihak perlu memandang serius gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh menjejaskan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau di samping reputasi, imej dan integriti universiti tercemar dan jatuh merudum dengan isu serius ini.

Dalam menangani aktiviti ini, kebanyakan kes penipuan dikenal pasti oleh pihak ketiga yang menggunakan kajian terdahulu sebagai rujukan. Biasanya pensyarah-pensyarah boleh kenal pasti apabila merujuk kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat oleh graduan dalam penghasilan tugasan seperti kertas kerja dan kajian ilmiah.

Ini adalah kerana negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing.

Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti.

Sehubungan itu, melihat kepada bahaya dan kesan negatif budaya plagiarisme di dalam korpus intelektual dan pendidikan negara, maka usaha untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif.

Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perlu didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di dalam IPT.

Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.

Ini jika tidak dikawal akan memberi kesan yang tidak baik kepada proses pembelajaran mereka dan tabiat buruk ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan kelak.

-Rujukan di sini

Friday, September 11, 2009

35,000 murid tak tahu baca, menulis

Kerajaan sasar 85 peratus ikuti prasekolah pada 2012

PARIT RAJA: Kementerian Pelajaran mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mensasarkan 85 peratus kanak-kanak mengikuti kelas prasekolah pada 2012 berbanding hanya 65 peratus sekarang.

"Kementerian Pelajaran sedang berusaha mencapai sasaran 85 peratus itu dulu dan apabila ia menjadi kenyataan, kita akan meletakkan sasaran baru iaitu memastikan setiap kanak-kanak tidak kira di mana di seluruh negara, mendapat pendidikan prasekolah.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak lain khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Pameran Patriotisme dan Kenegaraan 1 Malaysia anjuran Fakulti Sains, Sastera dan Warisan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan dua buku terbitan UTHM bertajuk Darjat Tidak Datang Bergolek: Langit Mana Patut Dijunjung' dan Modul Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia.

Mohd Puad berkata, pihak kementerian kini sedang mengkaji pendekatan sesuai untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak di kawasan pedalaman mendapat pendidikan prasekolah.

Katanya, walaupun kerajaan belum menetapkan sasaran 100 peratus kanak-kanak seawal usia lima tahun mengikuti pendidikan prasekolah, langkah awal harus diambil untuk memastikan masyarakat pedalaman juga mendapat pendidikan yang sempurna.
- Rujuk di sini

Thursday, September 10, 2009

Sejarah Hidup Imam Malik

BIODATA

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir
Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah.

Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

Sejarah keluarganya juga ada hubung-kait dengan ilmu Islam dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar, ‘A'isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum

Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

SIFAT PERIBADI

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih.

Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal.

Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur.

Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya.

Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika itu. Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t.

Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

PENDIDIKAN

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun.

Selain Nafi, Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja'afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin Sa'ad dan Hisham bin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya.

Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Malik ialah Abu Hanifah dari Kufah. Selain itu diriwayatkan bahawa sebanyak 1300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam al-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:

“Malik adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan dia pula seorang imam dalam bidang hadis dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Malik?”

Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

KITAB AL-MUWATTO’

Al-Muwatto’ bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Al-Muwatto’ merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.

Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran.

Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata,

Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab Al-Muwatto’ karangan Imam Malik.”

KEWAFATAN
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M. Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).

Penghayatan Akhlak

ISU PENGHAYATAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR.

Pendahuluan


Dasawarsa hari ini kita melihat media massa arus perdana sering kali menjadikan isu kebejatan sosial di kalangan remaja sebagai isu utama. Ini memberikan mesej yang jelas kepada kita warga masyarakat bahawa bahana ini sudah pun membarah dan amat membimbangkan kita. Tidak dapat tidak kita harus akui bahawa generasi muda ini merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan.

A) Permasalahan akhlak di kalangan pelajar.

·Dadah
Dadah mengikut Kamus Dewan (2005) bermaksud ubat-ubatan atau bahan seperti ganja, heroin, marijuana dan sebagainya yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannnya secara berlarutan.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), angka rasmi penagih dadah di Malaysia ialah 2 juta orang . Dalam hal ini, penglibatan belia Islam dan Melayu amatlah membimbangkan kita.

Umumnya faktor-faktor berlakunya penagihan dadah yang dikenal pasti ialah kurang kefahaman ilmu agama, rumah tangga yang bermasalah, kurang mendapat perhatian ibu bapa, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak, persekitaran dan sebagainya. Masalah penagihan dadah ini akan melibatkan banyak pihak, bukan sahaja individu, bahkan keluarga, masyarakat, negara dan agama. Dadah akan melemahkan fizikal dan mengganggu keseimbangan mental. Implikasinya individu berkenaan akan bertindak di luar batasan moral seperti mencuri, meragut dan sebagainya.

· Ketagihan Arak.
Arak bermaksud minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan atau minuman keras. Dewasa ini ketagihan akhlak dikalangan belia semakin menjadi-jadi khasnya di kalangan masyarakat bandar. Golongan remaja yang masih bersekolah juga tidak berkecuali. Sungguhpun begitu, kebanyakkan golongan yang ketagihan arak ini terdiri dari kalangan penagih dadah. Sehingga kini, tidak ada data khusus mengenai tahap alkoholisme di kalangan pelajar sekolah. Bahkan kajian atau penyelidikan mengenainya juga sukar dijalankan.

· Lari Dari Rumah.
Lari dari rumah bermaksud meninggalkan rumah atau keluarga tanpa pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Kejadian remaja lari dari rumah semakin meruncing khasnya dikalangan remaja Melayu. Mengikut laporan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Polis, majoritinya golongan remaja yang terlibat dalam kes ini terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Statistik menunjukkan pada tahun 1991 hingga 1994 terdapat sebanyak 20 377 orang remaja telah dilaporkan hilang dan hanya 9385 sahaja yang berjaya dikembalikan ke pangkuan keluarga ( laporan Utusan Melayu Mac 1996 ). Pelbagai faktor yang dikenal pasti menyebabkan remaja lari dari rumah seperti kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa, krisis rumah tangga, ingin bebas, pengaruh rakan sebaya, kemiskinan, masalah cinta dan lain-lain faktor yang berkaitan.

·Budaya Berpasangan.
Dewasa ini anak-anak muda tidak segan silu berpegangan tangan dan berpelukan dengan pasangan yang bukan muhrim. Suasana begitu merupakan satu perkara biasa terutamanya di kawasan bandar. Hal ini terjadi kerana berlakunya perubahan - perubahan dalam pola kemasyarakatan pada zaman ini. Kemajuan dan pembangunan yang pesat telah mendorong nilai -nilai barat di beri keutamaan berbanding nilai-nilai Timur. Masyarakat juga tidak lagi mementingkan agama dan moral dalam setiap tindak tanduk. Keadaan ini memberi ruang kepada kemasukan budaya kuning seperti seks bebas. Apabila syariat tidak dijadikan panduan dalam hubungan sosial, maka berlakulah kes-kes remaja hamil tanpa nikah, dirogol pasangan sendiri, bersekedudukan, terlibat dalam kegiatan maksiat dan diperangkap oleh sindiket-sindiket untuk dijadikan GRO, pelacuran dan sebagainya.

· Rogol / Sumbang Mahram
Rogol ialah satu perhubungan seks yang dilakukan dengan seseorang wanita dengan cara kekerasan tanpa kerelaan perempuan itu samada didapati dengan cara tipu, paksaan atau ugutan. Rogol boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan. Pertama, jenayah ini dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa seperti namanya. kedua, jenayah ini dilakukan oleh orang yang tidak dikenali mangsa.

Sumbang mahram juga boleh dikategorikan sebagai rogol. Mengikut statistik, pada tahun 2001, mangsa sumbang mahram telah mencecah 700 kes yang majority mangsa berumur 16 tahun ke atas. Jenayah rogol yang melibatkan remaja atau belia menunjukkan keruntuhan akhlak yang teruk. Golongan belia yang terbabit kebarangkalian menghadapi sakit mental yang teruk sehingga hilang pertimbangan akal.

الوسائل المعينة

الوسائل المعينة

مفهوم الوسائل المعينة

(و س ل) الوسيلة مايتقرب به إلى الغير والجمع الوسيل والوسائل التّوسيل والتّوَسُّل واحد يقال وسَّل فلان إلى ربه بالتشديد وتَوَسَّل اليه بوسيلة إذا تقرب إليه بعمل.
وعلى وجه الاختصار المقصود بالوسائل المعينة هى كل مايستعين به المعلم على تفهيم التلاميذ من التوضيحية المختلفة.

أهميتها
الحواس هي المنافذ الطبيعية للتعلم ويقول بعض المربي, "يقول وضع كل شئ أمام الحواس كلما كان ذلك ممكنا, ولتبدأ المعرفة دائما الحواس " :
ولهذا دعا المربون إلى استخدام الوسائل المعينة / التوضيحية لأنها ترهف الحواس وتوقظها, وتعينها على أن تؤدي وظيفتها في أن تكون أبوابا للمعرفة, وأن لهذا الوسائل أهميتها كبرى في تدريس المواد المختلفة, ومن بينها المواد اللغة العربية.

تقوم الوسائل التعليمية بدور رئيس في جميع عملية التعليم والتعلم التي في المؤسسات التعليمية المعروفة بالتعليم النظامي أو الرسمي كالمدارس والمعاهد والجامعات. ومما يأتي أهمية الوسائل التعليمية في مجال التعليم والتعلم :
1. تؤدي الوسائل التعليمية الى استثارة اهتمام الطالب واشباعه حاجته للتعلم.
2. تساعد الوسائل التعليمية على زيادة خبرة الطالب فتجعله اكثار استعدادا للتعلم وإقبلا عليه.
3. تنويع الخبرات التي تهيؤها المدرسة للطالب فتتيح له الفرصة للمشاهدة والإستماع والممرسة والتأمل والتفكير.
4. تنويع الوسائل التعليمية يؤدي الى تكوين وبناء المفاهيم السليمة.
5. تؤدي زيادة مشاركة الطالب الإجابة في اكتساب الخبرة وتنمية قدرته على التأمل ودقة الملاحظة للحصول الى حال المشكلات.
6. تنويع اساليب التعزيز التي تؤدي الى تثبيت الإستجابات الصحيحية وتأكيد التعلم.
7. تساعد الوسائل التعليمية على تنويع أساليب التعلم لمواجهة الفروق الفردية بين الطلبة.تؤدي الوسائل التعليمية الى تعديل السلوك وتكوين الإتجاهات الجديدة.

أنواع الوسائل المعينة

من الضروري أن يستفيد المعلم من الوسائل المعينة في التدريس عموما والتدريس خصوصا. وتنقسم الوسائل المعينة إلى ثلاثة أنواع : الوسائل السمعية والوسائل البصرية والوسائل السمعية البصرية.
· أولا : وسائل بصرية (مرئية) : مثل اللوحات أو الصور أو البطاقات الومضية.
· ثانيا وسائل سمعية : مثل الشريط المسجل والراديو.
· ثالثا وسائل سمعية بصرية : مثل الأفلام الناطقة أو الحاسوب.

ويمكن رد هذه الوسائل نوعين:
1. وسائل حسية : وهي ماتؤتر في القوة العقلية بوساطة الحواس , وذلك بعرض ذات الشئ, أو نموذجة, أو صورته أو نحو ذلك.
2. وسائل لغوية, وهى ما تؤثر في القوى العقلية بوساطة الألفاظ, كذكر المثال أو التشبيه أو الضد أو المراد.