Monday, April 13, 2009

Perkembangan Kognitif

PERKEMBANGAN KOGNITIF

PENGENALAN

Untuk memperincikan tajuk perkembangan fizikal ini, saya akan mengguna kan teori Jean Piaget. Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980), seorang biologis Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.Menurut beliau, bayi perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan.Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa, kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya.

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK.
Saya akan menggunakan teori Piaget untuk mengembangkan tajuk ini dan saya membuat rujukan serta pendapat dari hasil tulisan Lee Shok Mee (1990:26) dan Abdul Rahim M. Ali (2001 : 82) mengenai teori ini. Paget telah mengemukakan empat tahap perkembangan kognitif manusia iaitu :-

1. Peringkat Sensori Motor (dari masa lahir hingga umur 2 tahun)
Pada peringkat bayi,tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Bayi mengetahui alam sekitarnya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang lain.Pada kira-kira umur 2 tahun, kanak-kanak memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek,iaitu ia sedar,objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh.Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku tau tabiat seperti menghisap ibu jari.Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak.

2. Peringkat Praoperasi (dari umur 2 hingga 7 tahun)
Peingkat ini menonjolkan sifat naluri dan pemikiran simbolik.’Praoperasi’ ber maksud kanak-kanak mula berfikir secara lojik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang lojik. Salah satu aktiviti nalui dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup.Contohnya, main masak-masak,berlagak sebagai pemandu kereta mahupun doktor.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa.Masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup.Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain.Piaget menamakan keadaan ini egosentrime (memusatkan kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain).

3. Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun)
Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau mengguna- kan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ’lebih berat’, ’lebih tinggi’ dan sebagainya.
Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga.

4.Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan ”apa yang mungkin berlaku” daipada ”apa yang bakal berlaku”.Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi.Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
---------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 April

Prinsip Perkembangan

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN.

Terdapat lapan prinsip perkembangan iaitu:-

1. Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu.

Perkembangan dan petumbuhan adalah berperaturan dan dapat ditelah samada pada peringkat sebelum lahir ataupun pada peringkat sudah lahir.Terdapat dua arah perkembangan iaitu :-

a. Arah kepala ke kaki
Arah perkembangan dari kepala ke kaki ini disebut juga sebagai sefalokandal.Perubahan pada sruktur dan fungsi berlaku pada bahagian kepala terlebih dahulu kemudian diikuti bahagian belakang badan dan akhir sekali di bahagian kaki.Dalam fungsi pergerakkan , apabila kanak-kanak ditiarapkan,kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya terlebih dahulu sebelum boleh mengangkat dadanya.

b. Arah tengah ke tepi
Jenis ini juga disebu sebagai promiksodistal.Perkembangan berlaku secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota.Dari segi fungsi didapati kanak-kanak menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari.


2. Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis.

Kita akan dapati semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama iaitu daripada satu peringkat menuju ke satu peringkat selanjutnya. Contohnya seseorang kanak-kanak perlu berdiri terlebih dahulu sebelum ia dapat berjalan atau pun ia perlu tahu berjalan dahulu sebelum ia boleh berlari.

3. Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.

Pada peingkat permulaan hidup, seseorang bayi hanya dapat menghasilkan gerak balas dengan cara menyeluruh terhadap sesuatu rangsangan kerana tulang ototnya belum matang.Contohnya, apabila seseorang bayi hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya, maka seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan,sedangkan jari-jari kecilnya tidak dapat digunakan nya.Apabila bayi itu bertambah besar,maka ia akan dapat menggunakan jari sahaja untuk mengambil sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar anggota badannya yang lain.


4. Perkembangan bersifat berterusan.

Perkembangan adalah secara berterusan iaitu semenjak pencabahan hingga akhir hayat.Namun begitu hal ini berlaku pada kadar atau kecekapan yang berbeza-beza.Harus diingat,perkembangan pada peringkat awal mempengaruhi peringkat yang seterusnya.Contohnya, semasa ibu hamil,kesihatannya dan janin akan menentukan sifat bayi yang akan dilahirkannya nanti.


5. Perkembangan berlaku mengikut kecepatan yang berlainan.

Walaupun perkembangan organisma bersifat berterusan tetapi perkembangan bahagian-bahagian organisma adalah tidak sama dari segi kecepatan.Begitu juga perkembangan kecerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari segi umur antara seorang dengan seorang yang lain.


6. Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkait dan mempengaruhi keseluruhan organisma.

Perkembangan satu-satu anggota tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan keseluruhan organisma kerana perkembangan satu-satu trait mempengaruhi satu dengan lain.


7. Corak perkembangan berbeza di antara satu dengan yang lain.

Setiap orang mempunyai corak perkembangannya sendiri walaupun susunannya serupa dengan orang lain.Oleh itu tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama.Menurut Gessel(1949) tidak terdapat persamaan perkembangan bagi bayi-bayi yang baru lahir kerana sekurang-kurangnya sudah pasti sedikit perbezaan dalam proses perkembangan mereka.

8.Perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perkembangan hidup manusia adalah secara berpeingkat-peringkat.Tiap-tiap peringkat dapat dibezakan dengan peringkat yang lain melalui sifat-sifat nyata bagi peringkat itu.Namun begitu tidak terdapat garis pembahagian yang nyata antara satu peringkat dengan peringkat yang lain.secara amnya terdapat tujuh peringkat perkembangan manusia iaitu :-

• Sebelum lahir (Masa percambahan- +/- 280 hari)
• Bayi ( Lahir-14 lahir)
• Bayi ( 2 minggu – 2 tahun)
• Kanak-kanak (2 tahun – baligh)
• Remaja (baligh – 25 tahun)
• Dewasa
• Tua

Perbezaan Ibadat dan Adat

PERBEZAAN IBADAH DENGAN ADAT

Ibadah sebenarnya ialah sejenis tunduk yang tiada yang layak menerimanya , melainkan Allah SWT , yang mengurniakan kepada makhluk-nya jenis-jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat hidup , nikmat faham , nikmat pendengaran , nikmat penglihatan dan sebagainya .

Oleh yang demikian , ibadah merupakan urusan agama yang tidak ditetapkan melainkan daripada jalan wahyu . sebagaimana Hadis nabi yang bermaksud :

" barang siapa membuat cara baru dalam urusan kami , dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak . "

Ini adalah kerana hakikat Agama , beribadah itu dapat dilihat dalam dua perkara iaitu ;
• Hanya kepada Allah SWT
• Untuk menyembah Allah SWT, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkannya .

Justeru itu , barang siapa yang mengadakan - adakan suatu cara ibadah yang timbul atau ditimbulkan daripada dirinya sendiri , maka hal tersebut adalah suatu kesesatan yang harus ditolak . ini disebabkan hanya syariat sahaja yang berhak mengadakan cara dan bentuk ibadah yang dapat digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Definisi dan konsep Adat

Dengan ini , adat dalam bahasa Arab dapatlah didefinisikan sebagai :-

الديدن وهو ما اعتاد الناس عليه او طائفة منهم

Maksudnya : perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan

Manakala , para Fukaha pula mentakrifkan adat seperti berikut ;

الامر المتكرر من غير علاقه عقليه

maksudnya : perkara yang diulang-ulangkan tanpa perkaitan daripada segi akal .

Makna ' perkara ' dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan perkataan atau perbuatan , manakala ' yang diulang-ulangkan ' bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali . Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan adat . Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja , tidak dinamakan adat , begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tatapi mempunyai perkaitan dari segi akal .

Umpamanya , kesan atau peristiwa yang terjadi berulang kali yang disebabkan oleh sesuatu perkara seperti adanya cahaya setiap kali matahari naik . Adat ini merangkumi tiap-tiap perkara yang berulang-ulang yang terbit daripada orang perseorangan atau kumpulan sama ada yang berpuncakan keadaan semula Jadi seperti iklim negeri yang panas adatnya boleh mempercepatkan bahang atau panas seseorang . Sebaliknya jika iklim negeri yang sejuk adatnya boleh melambatkan sedikit seseorang itu menjadi panas .

Niat membezakan adat dan ibadah

Perbezaan antara ibadah dengan adat dapat dilihat melalui niat. Misalnya , seseorang itu boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya. Sebagai contoh, antara duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dengan masuk masjid kerana untuk berehat semata-mata ada bezanya. Maka sesiapa yang berniat iktikaf akan mendapat pahala sedangkan sesiapa yang tidak berniat iktikaf tidak akan mendapat pahala ( duduk dalam masjid sebagai adat kebiasaan ) .

Demikian juga halnya dengan seseorang yang memberi wang kepada seseorang yang lain dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat , sedekah atau membayar kafarah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT , dan jika dia memberi dengan tujuan dunia maka dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Selain itu , niat juga dapat dijadikan neraca atau penilaian dalam menentukan sama ada suatu perbuatan itu mendapat pahala ataupun sebaliknya terhadap setiap perbuatan yang merupakan adat kebiasaan seperti orang yang menyimpan Al-Quran di rumah sedangkan dia tidak membacanya . Jika dia berniat untuk kebaikan dan mendapat berkat di samping memperoleh keredhaan Allah SWT , maka dia akan mendapat pahala , tatapi jika dia menyimpan kerana perhiasan semata-mata , maka dia tidak akan beroleh apa-apa ganjaran . Demikian juga halnya dengan seseorang yang makan hingga kenyang , jika dia berniat mengikut nafsu adalah berdosa tatapi berbeza pula halnya jika dengan niat bertakwa kerana untuk berpuasa kemudiannya , maka dia akan beroleh ganjaran pahala .

Dengan ini sebagai kesimpulannya , dapatlah dirumuskan dalam pengertian yang luas bahawa ibadah itu mempunyai kesyumulannya dan merangkumi seluruh aspek kehidupan . Iaitu kita tidak hanya membataskan kepada solat , puasa , zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas kita dalam hidup ini ialah untuk beribadah kepada Allah SWT yang bermaksud seluruh kehidupan kita ini adalah merupakan ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al- Zariyat ayat 56 yang bermaksud :

"dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya Mereka menyembahku"

Justeru itu , setiap individu Muslim hedaklah bersungguh-sungguh untuk merealisasikan setiap pengertian ini dengan memperbetulkan niat dan menghadirkan keikhlasan dalam diri dalam setiap amalan perbuatan yang dikira sebagai adat seperti menuntut ilmu, mencari rezeki, makan , minum , berpakaian , perniagaan , perkahwinan dan sebagainya dengan menjadikannya sebagai alat untuk mendidik diri dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah serta mendapat keredhaan Allah SWT supaya setiap amalan yang dilakukan sentiasa mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
--------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 April 2009

Kepentingan mempelajari Ibadah terhadap Individu dan Masyarakat


Menurut Idris Ahmad (2002:1) Islam adalah satu agama yang syumul. Agama Islam tidak disandarkan kepada mana-mana individu mahupun manusia yang membawanya ataupun dinisbahkan kepada tempat asalnya. Sebagai contoh, agama Kristian disandarkan kepada Jesus Christ, agama Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Begitu juga agama Zoroasterianism kepada Zoraster. Islam juga tidak dikaitkan kepada mana-mana tempat seperti agama Yahudi yang dikenali Judaism yang berasal dari nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe), demikian juga agama Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudiaannya bertukar sebutan menjadi Hindhu. Tetapi Islam dan akidahnya adalah dari Allah dan bukan dicipta manusia atau mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal.

Ibadah dalam Islam berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan kepercayaan dan agama lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan ascetisme, ianya bukan juga terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan kononnya tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung di dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam yang berpegang Islam tapi mempelajari serta mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan sempit terhadap pelaksanaan ibadah dalam Islam. Ada yang menganggap ibadah itu hanyalah tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka yang mengaku beribadah kepada Allah tetapi ubudiyyah mereka mereka juga diberikan kepada selain daripada Allah, malah ada yang berpendapat bahawasanya ruang ibadah itu adalah jauh sekali malah tidak ada sama sekali kaitannya dengan urusan masyarakat terutamanya di bidang politik (siasah), ekonomi (Ikqtisodiyah), pelancongan (siyahah) bahkan pendidikan (tarbiah).

Kesan kepada Individu.

Sebenarnya, Allah telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali. Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini. Ini perlu difahamkan oleh setiap Muslim dan Muslimat, agar mereka benar-benar dapat melaksanakan segala tuntutan Islam dalam kehidupan mereka seharian.

Selain itu, dengan mempelajai ibadah juga, secara individu kita juga akan dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara ibadah dan adat yang mana kita akan dapat membezakan ibadat dan adat yang mana ibadah adalah dilakukan kerana Allah SWT manakala adat adalah perkara tradisi yang telah dipersetujui dan diamalkan oleh sesuatu masyarakat.Dalam scenario hari ini, bila mana ibadah bertembung dengan adat, maka kita akan melebihkan adat dan sanggup mengenepikan ibadah. Ini merupakan satu persepsi negatif yang harus disingkar dari pemikiran kita dengan kadar segera.

Seterusnya, kesan mempelajari ibadah kepada individu juga akan menyebabkan individu tersebut :-
• Meningkatkan keimanan kepada Allah
• Mencegah perbuatan keji dan mungkar
• Mendapat ganjaran pahala
• Dikasihi oleh Allah Ta’ala
• Bahagia dunia akhirat
• Dihormati orang lain

Ini hanya akan dicapai jika individu tersebut melakukan ibadah yang dipelajarinya secara ikhlas dan benar-benar mengharapkan redha dan keampunan daripada Allah swt.
Antara kepentingan mempelajari ibadat lagi ialah kita dapat mengetahui perbezaan di antara ibadat dan adat serta kesan dan akibat meninggalkan ibadat dan adat. Contoh-contoh kesan meninggalkan ibadat dan adat ialah:
• Kesan Meninggalkan Ibadah
– Jika ibadah wajib berdosa
– Jika ibadah sunat mendapat kerugian di akhirat
• Kesan meninggalkan adat
– Jika bertentangan dengan syarak, mendapat pahala

Kesan Kepada Masyarakat.

Islam adalah satu agama yang mementingkan perpaduan. Islam amat menggalakkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat dan ia harus dibina atas dasar memahami Islam dan mengamalkannya. Berikut adalah kesan mempelajari Ibadah kepada masyarakat.

Pertama, masyarakat yang mementingkan akidah kepada Allah. Bayangkanlah, jika umat Islam yang ada pada hari ini meletakkan ubudiyah kepada Allah setiap masa, maka generasi yang mementingkan Ibadah akan muncul. Masyarakat yang ada akan sentiasa mementingkan solat serta suruh perintah agama.

Kedua, mensifarkan gejala sosial. Remaja yang ada adalah remaja yang faham agama dan sentiasa menyahut cabaran hayya ‘alal falah (mari menuju kejayaan). Tidak ada lagi remaja yang akan membuang masa. Remaja yang ada hanyalah remaja yang mementingkan ajaran Islam seperti solat berjamaah, belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta berkata tidak kepada perkara yang mazmumah seperti minum arak, penagihan dadah, seks bebas, pendedahan aurat dan juga hedonisme yang melampau.

Ketiga, sistem ekonomi yang seimbang. Sudah tentu fasal ke lima gagasan Islam Hadhari, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif akan tercapai. Masyarakat yang terlibat dalam perniagaan akan memastikan perniagaan yang mereka ceburi bebas dan terhindar dari unsur rasuah, riba, menuntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak yang lain. Keberkatan akan mengatasi keuntungan. Itulah matlamat perniagaan yang sebenar.
----------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 April

Konsep Perlembagaan

KONSEP PERLEMBAGAAN

MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungkjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

Umumnya, Perlembagaan dibahagikan kepada dua, iaitu Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah bentuk Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala Perlembagaan tidak bertulis (seperti di Britain) pula merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan ‘perlembagaan secara bertulis’. Ini bermakna kesemua undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut.

Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain, terutama Kerajaan Negeri.

Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, Parlimen memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukan kepadanya.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.

Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarniah Haraki 14 April

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Terdapat tiga jenis pembelajaran, Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) dalam buku mereka Psikologi II : Siri Diploma Perguruan menyatakan :-

1. Pembelajaran Formal (Ciri-ciri penting)
Ialah sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan dan sistem politik negara serta yang diinstitusikan. Ia mempunyai matlamat, tujuan, dan objektif yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara.

2. Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)
Pembelajaran ini merujuk kepada satu proses pembelajaran sampingan dan tambahan yang diadakan bersama pembelajaran formal untuk melengkap kan dan menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran normal. Fungsi utama ialah menambahkan kemahiran dan kepakaran serta profesionalisme seseorang individu serta meneroka sesuatu ilmu atau bidang dengan lebih mendalam.

3. Pembelajaran Tidak Formal (Informal)
Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran relaks dan secara tidak sengaja, terletak diantara pembelajaran formal dan pembelajaran bukan formal. Ia berlaku secara tidak dirancang dan tidak disedari seperti hasil interaksi dengan persekitaran. Ia juga adalah proses seumur hidup iaitu setiap orang memperoleh dan mengumpul pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada pengalaman seharian.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 April

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

• Bersikap profesional.
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
• Kaya ilmu.
• Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
• Bermoral teguh.
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
• Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
• Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
• Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.