Friday, September 26, 2008

Ayat muhkamaat dan mustasyabihaat

Ayat muhkamaat dan mustasyabihaat

Firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci al-Quran. sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat ‘Muhkamaat’ (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: “Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya. (ali-‘Imran: 7-9)

Selepas membincangkan berkenaan kekuasaan Allah SWT dan ilmu-Nya pada ayat berikutnya pula dijelaskan berkenaan dengan kitab-Nya yakni al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ayat Ketujuh

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci al-Quran. Sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamaat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: “Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Sebab Nuzul

Al-Qurtubi berkata: “Muslim telah mengeluarkan hadis daripada Aishah r.a yang berkata: Rasulullah SAW membaca ayat ini dan katanya sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu melihat mereka yang mengikut apa yang menjadi kesamaran maka merekalah yang dinamakan Allah SWT. Justeru, awasilah mereka.

Iktibar dan fiqh ayat:

* Al-Alusi berkata: “Permulaan ini sebagai membatalkan segala syubhat dari rombongan dan saudara mereka berkenaan dengan sifat al-Masih selepas diterangkan secara khusus hal Rububiyyah.

* Al-Qurtubi berkata: “Ayat ini menjadi dalil umumnya setiap golongan daripada kumpulan kafir dan Zindiq, begitu juga dengan ahli bidaah dan yang jahil sekalipun isyarat kepada Kristian Najran.

* Al-Maraghi berkata: “Tiada orang yang akan memikirkan dan memahamkan hikmah-hikmah ayat-ayat mutasyabihat, kecuali orang yang mempunyai pandangan yang bersih dan akal yang luas dan menggunakannya dengan cara istimewa memikirkan dan memerhatikan semua ayat muhkam yang menjadi pokok pengajaran al-Quran. Sewaktu dia menemukan ayat-ayat mutasyabihat , dia segera mengingat dan merujuknya kepada ayat-ayat muhkam”.

* Hamka berkata: “Bahawasanya ayat-ayat dalam al-Quran itu ada dua macam, pertama muhkam kedua mutasyabih. Misalnya ayat-ayat mengenai hukum, perintah solat, zakat, puasa dan haji.

“Ayat-ayat muhkam disebut sebagai Ibu dari Kitab. Ibu Kitab ertinya menjadi sumber hukum yang tetap dan kekal untuk selamanya. Berbeza pula dengan ayat mutasyabih, maksud yang tidak jelas dan kadang-kadang serupa pada lafaznya beza pada maknanya dan sukar pula untuk difahami”.

* Muhammad Quraish Shihab berkata: “Allah SWT tidak menentukan, yang mana ayat mutasyabih atau muhkam. Ada ulama menilai dengan mutasyabih dan ada yang menilai dengan ayat muhkam, begitu juga sebaliknya”.

* Al-Sonhadji berkata: “Di dalam al-Quran itu ada ayat-ayat yang muhkamat, yakni yang terang maknanya, jelas maksudnya dan tidak mengelirukan. Maka itulah yang dinamakan Ummul Kitab, Ibu Kitab iaitu tempat sandaran dan rujukan hukum-hukum agama.

“Ayat-ayat muhkamat ini banyak di dalam al-Quran dan mudah difahami dan diamalkan. Berbeza ayat mutasyabihat yang tidak jelas maknanya atau lafaznya didapati ada yang serupa tetapi maknanya berlainan”.

Ayat ini jelas menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah SWT. Di samping itu manusia tidak sama darjat akal fikirannya serta kemampuan aqliahnya. Justeru, yakin dan percayalah lemahnya manusia dan ceteknya ilmu pengetahuan mereka berbanding dengan ilmu Allah SWT.

Ayat Kelapan

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Iktibar dan fiqh ayat:

* Al-Qurtubi berkata: “Ayat ini menjadi hujah bagi ahli sunnah menentang muktazilah yang berpendapat bahawa Allah SWT tidak menyesatkan hamba-Nya.

* Al-Maraghi berkata: “Orang yang dalam ilmunya dan mengakui beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat segera memohon kepada Allah SWT agar diri mereka dipelihara dari segala kesesatan setelah mendapat hidayah, diberi sikap teguh untuk mengetahui hakikat sesuatu bersikap lurus sewaktu menetapkan kebenaran”.

* Muhammad Quraish Shihab: “Doa ini menggambarkan betapa takwa mereka kepada Allah SWT, dan betapa besar kekhuatiran dan waspada mereka pada godaan dan rayuan.

* Al-Sonhadji berkata: “Orang-orang berilmu yang telah beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat, mereka memohon dengan berdoa kepada Tuhan seperti dalam ayat ini, agar kiranya Tuhan memeliharakan mereka, tidak menyesatkan hati mereka selepas mendapat pengajaran, petunjuk dan hidayat”.

Ayat ini mengajar kita supaya melazimi doa mengikut riwayat Syahar bin Hausyab yang bertanya pada Ummu Salamah: “Hai Ummu Mukminin! Apakah doa yang paling banyak diamal oleh Rasulullah SAW? Jawabnya, “Hai yang membalik-balikkan hati, sabitkan hatiku atas agama-Mu”.

Ayat Kesembilan

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Iktibar dan fiqh ayat:

* Al-Alusi berkata: “Tidak sayugia seseorang merasa ragu berkenaan dengan adanya mahsyar dan hisab”.

* Al-Maraghi berkata: “Mereka mengucapkan doa ini setelah mempercayai ayat-ayat mutasyabihat, agar timbul kesedaran di dalam diri mereka untuk berasa takut jika tergelincir ke jalan yang sesat, sehingga terlepas daripada kemurahan Allah SWT pada hari pembalasan nanti.

“Rasa takut ini merupakan sumber pendorong sikap berhati-hati dan seterusnya menjaga diri daripada seksaan di hari akhirat kelak”.

* Hamka berkata: “Pada hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran iaitu hari akhirat tempat dihitung segala dosa dan pahala, amal ibadat dan sebagainya. Semoga pembalasan syurgalah yang akan didapati di akhirat kelak”.

* Muhammad Quraish Shihab: “Ayat ini mengandungi isyarat bahawa harapan utama orang-orang mukmin adalah kenikmatan ukhrawi, kerana itu setelah mereka memohon agar dimantapkan hati mereka dalam keimanan”.

Ayat ini jelas menunjukkan penguasaan Allah SWT yang mutlak pada hari akhirat dan seluruh manusia pasti dibangkitkan untuk dihisab di hadapannya sama ada baik atau sebaliknya.

Antara sifat-sifat Allah SWT itu ialah sekali-kali Dia tidak akan memungkiri janji. Semoga kita mendapat rahmat dan taufik daripada Allah SWT dan sentiasa menginsafi diri.

Rujukan di sini
----------------------------
Menjana Pedagogi
Markaz Tarbiah Haraki 27 September

Monday, September 22, 2008

Tokoh Tafsir : Ibnu Abbas ra

IBNU ABBAS

Merupakan sepupu Rasulullah
Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah
Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau merupakan gabenor di Basrah
Beliau meninggal dunia di Taif pada tahun 65 Hijrah

Baginda pernah mendakap beliau dan memeluknya seraya berkata:“Ya Allah, ajarkanlah dia hikmah (dalam riwayat:) Al-Quran.”

Baginda pernah berkata kepadanya semasa beliau membawa air wudhuk untuk Baginda: “Ya Allah, kurniakanlah dia kefahaman dalam agama.”

Berkat doa inilah beliau menjadi tokoh umat ini dalam ilmu tafsir dan fekah. Allah Ta’ala telah mendorongnya untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan bersabar dalam menerima dan menyebar ilmu. Dengan usaha ini, beliau telah mendapat kedudukan tinggi sehinggalah Amir al-mukminin Umar al-Khattab ra sering memanggil Ibnu Abbas untuk hadir dalam perjumpaannya dan sering menerima pendapat dari Abdullah ibnu Abbas. Melihat ini, golongan muhajirin berkata:“Kenapa engkau tidak memanggil anak-anak kami sebagaimana engkau memanggil Ibnu Abbas?”Umar menjawab: “Beliau ialah anak muda yang dewasa. Beliau mempunyai lidah yang banyak dan hati yang kuat kefahaman.”


Satu hari Umar ra telah memanggil mereka semua bersama Ibnu Abbas untuk menunjukkan kehebatan Ibnu Abbas kepada mereka. “Apa pendapat kamu semua tentang firman Allah Ta’ala (al-Nasr 110:1) yang maksudnya ‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.’ Umar membaca sehingga akhir surah. Sesetengah mereka menjawab “Kita diperintahkan untuk memuji Allah dan memohon keampunan daripadaNya apabila kita diberi pertolongan.” Sesetengah mereka hanya berdiam diri. Umar bertanya ibnu Abbas, “Adakah begitu pendapat kamu?” Jawab Ibnu Abbas. “Tidak”. Umar bertanya, “Kalau tidak, apa dia?” Jawab Ibnu Abbas, “Ianya menunjukkan ajal Rasulullah saw. Allah memberitahu baginda tentang wafatnya. Apabila datang pertolongan Allah, dan pembukaan Mekah, itu adalah petanda dekatnya ajalmu. Jadi hendaklah kamu memuji Tuhanmu dan meminta pengampunanNya kerana sesungguhnya Dia Maha penerima taubat.” Umar berkata, “Apa yang aku tahu tidak melebihi apa yang engkau tahu.”

Ibnu Masud berkata;“Ibnu Abbas adalah sebaik-baik pentafsir Al-Quran. Sekiranya dia sebaya dengan kami, pasti tidak seorangpun daripada kami dapat menandinginya.”

Beginilah keadaan ilmu Ibnu Abbas yang hidup 36 tahun selepas Ibnu Mas’ud meninggal. Sudah tentu ilmunya banyak bertambah selepas itu.Apabila Ibnu Umar ditanya tentang satu ayat tertentu, dia menjawab;“Pergilah berjumpa Ibnu Abbas dan tanyalah dia. Sesungguhnya dialah orang yang paling mengetahui tentang tentang wahyu yang turun ke atas Nabi Muhammad saw sekarang ini.”

Abu Wail telah berkata;“Ibnu Abbas, sebagai pemimpin jemaah haji yang dilantik Uthman, telah membaca khutbah semasa musim haji. Beliau membaca serah al-Nur, membaca satu demi satu ayat dan mentafsirkannya. Aku lalu berkata, “Tidak pernah aku lihat mahupun mendengar percakapan lelaki sepertinya. Kalaulah Parsi dan Rom dan Turki mendengar kata-katanya, pasti mereka akan memeluk Islam.”

Uthman melantiknya memimpin jemaah haji pada tahun 35 Hijrah. Ali pula telah melantiknya menjadi menteri besar di Basrah. Apabila Ali dibunuh, Ibnu Abbas telah pergi ke Hijjaz dan menetap di Mekah. Kemudian beliau pergi ke Taif. Beliau wafat di sana pada tahun 68 H pada masa umurnya 71 tahun.

Dalam masa kekhalifahan Uthman bin Affan RA, beliau berga­bung dengan pasukan muslimin yang berekspedisi ke Afrika Utara, di bawah pimpinan Abdullah bin Abi-Sarh. Beliau terlibat dalam pertempuran dan juga dalam dakwah di sana. Semasa pemerintahan Ali bin Abi Thalib RA, Ibnu Abbas mengajukan permohonan untuk menemui dan berda'wah kepada kaum Khawarij. Melalui dialog dan diskusinya yang padat sekitar 12,000 dari 16,000 khawarij bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang benar. Abdullah bin Abbas, yang muda yang ulama, wafat dalam usia 71 tahun pada tahun 68H. Sahabat Abu Hurairah RA, berkata "Hari ini telah wafat ulama ummat. Semoga ALlah SWT berkenan memberikan pengganti AbduLlah bin Abbas."

Permainan Tradisional: Tur Keras

PENGENALAN.

Permainan Tur Keras juga dipanggil Permainan Aci Patung atau Colek Mati.Tur Keras adalah panggilan popular bagi sesetengah tempat di Terengganu.Sesetengah tempat di Perak memanggilnya Aci Patung,manakala di Pulau Pinang menamakannya Colek Mati.Walaupun namanya berbeza-beza,namun permainannya tetap sama.Dalam permainan ini,Pengejar akan cuba mengejar dan menyentuh pemain-pemain.Pemain yang disentuh oleh Pengejar perlu berdiri dan tidak boleh bergerak.Pemain yang berdiri tanpa bergerak dipanggil “Keras”, “Patung” atau “mati”. Permainan Tur Keras dikategorikan sebagai permainan halaman kerana ia dimainkan di luar rumah. Kanak-kanak pasti gembira bermain permainan Tur Keras.

TEMPAT.

Sesuai dimainkan di kawasan halaman rumah atau di kawasan padang.Had kawasan permainan perlu ditentukan.

PERALATAN.

Tidak memerlukan sebarang peralatan

PEMAIN.

Bilangan pemain tidak dihadkan.Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan pada peringkat umur 8 hingga 12 tahun

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN.

1.Sebelum memulakan permainan,undian perlu dilakukan.Tujuan undian ialah untuk menentukan pemain yang akan menjadi Pengejar.Undian dijalankan dengan pelbagai cara,misalnya dengan menggunakan batang kemuncup.Pemain yang mencabut batang kemuncup paling pendek akan menjadi Pengejar.

2.Kawasan permainan hendaklah dihadkan.Apabila pengejar telah ditentukan,semua pemain dikehendaki melarikan diri.

3.Pengejar akan mengejar pemain-pemain dan cuba menyentuh mereka.Mana-mana pemain yang berjaya disentuh hendaklah mengeraskan dirinya,seperti mana kedudukan ia disentuh.

4.Pemain yang telah disentuh oleh Pengejar tidak boleh bergerak.Jika dia bergerak,dia akan menjadi Pengejar pula.Pemain hanya dibenarkan bergerak apabila semua pemain berjaya disentuh oleh Pengejar.

5.Sekiranya semua pemain telah disentuh,Pengejar akan mencari kedudukan yang membolehkan nya melihat semua pemain.Pengejar akan mencari kedudukan yang membolehkannya melihat semua pemain.Pengejar akan membilang satu,dua dan tiga.Semua pemain yang berada dalam keadaan kaku mestilah bergerak.

6.Pemain paling awal bergerak,dikira sebagai pemenang.Sementara pemain paling lambat bergerak dikira kalah dan akan menjadi Pengejar pula.

7.Permainan diteruskan dengan cara yang sama sehinggalah kesemua pemain bersetuju menamatkan permainan.


PERATURAN PERMAINAN.

· Undian dijalankan pada awal permainan bagi menentukan pemain yang akan jadi Pengejar.
· Mana-mana pemain yang disentuh hendaklah mengeraskan badannya.Pemain tidak boleh bergerak sehinggalah semua pemain telah disentuh Pengejar.Jika dia bergerak,pemain berkenaan akan menjadi Pengejar.
· Pemain boleh melarikan diri dalam had kawasan yang telah ditetapkan sahaja.Mana-mana pemain yang terkeluar dari kawasan,akan menjadi Pengejar pula.
· Semua pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.

RASIONAL PERMAINAN

ü Kanak-kanak zaman dahulu tidak mempunyai permainan berteknologi seperti zaman sekarang namun,mereka berjaya mereka cipta pelbagai permainan tradisional yang sebenarnya banyak memberi manfaat:-

1. Mengeratkan Sillaturahim antara kanak-kanak.Ini penting kerana pada suatu masa kelak mereka akan mewarisi komuniti masyarakat yang sedia ada.

2. Belajar mematuhi peraturan:-Kanak-kanak yang ingin bermain sesuatu permainan
Tradisional harus mengetahui serta mematuhi peraturan yang sedia ada bagi menjamin kualiti permainan terjaga.

3. Menggunakan alam sekitar sebagai medan untuk bermain.

Permainan Tradisional: Sepak raga tikam

PENGENALAN.

TEMPAT.

Sesuai dimainkan di tanah yang rata,seperti padang dan halaman rumah.

PERALATAN.

Bola raga(bola sepak takraw)

PEMAIN.

Dimainkan oleh lapan orang pemain dalam satu pasukan.
Terdiri daripada beberapa pasukan.permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN.

1. pemain akan memilih kumpulan masing-masing.katakan terdapat dua pasukan yang akan bermain.
2. ketua kumpulan akan membuat undian bagi menentukan kumpulan yang akan bermain dahulu.
3. andaikan kumpulan B menang dalam undian itu,maka mereka akan bermain dahulu.manakala kumpulan A dikehendaki mengira jumlah timbangan kumpulan B.
4. kumpulan B perlu bersedia.salah seorang pemain akan melambung bola kearah mana-mana pemain dalam kumpulannya.mereka akan membuat timbangan sebanyak yang boleh.pemain dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali tangan.
5. setiap ahli kumpulan hanya dibenarkan menimbang bola tidak lebih daripada 5 kali.dia mesti menyerahkan bola itu kepada rakannya.jika lebih,permainan kumpulan itu dikira batal.
6. kumpulan A perlu mengira timbangan sehingga bola jatuh ke tanah. kumpulan B mempunyai 2 kali lagi peluang untuk menimbang bola. Setiap kumpulan mempunyai 3 kali peluang menimbang bola.
7. setelah selesai kumpulan B,pemain-pemain kumpulan A pula mengambil giliran.pengiraan dibuat oleh kumpulan B.
8. pemain kumpulan A akan bermain seperti mana kumpulan B.permainan akan selesai setelah bola 3 kali jatuh ke tanah.
9. apabila kedua-dua pasukan sudah selesai bermain,ketua kumpulan perlu membandingkan jumlah timbangan setiap kumpulan.
10. permainan boleh diulang semula atau ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN.

1. setiap kumpulan mesti mempunyai lapan orang pemain sahaja.permainan biasanya dimainkan lebih daripada satu pasukan.
2. setiap kali menimbang bola,ia mestilah melepasi paras pusat pemain.timbangan tidak dikira jika bola di bawah paras pusat.
3. pemain tidak boleh menggunakan tangan ketika menimbang bola.
4. kumpulan lawan tidak boleh mengganggu kumpulan yang sedang bermain.
5. pemain-pemain hanya boleh bermain dalam bulatan yang ditetapkan sahaja.
6. setiap pemain mesti mematuhi peraturan peermainan.

CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

Pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling banyak membuat timbangan.

Sunday, September 21, 2008

Dakwah no 1, pelajaran bukannya no 2

Assalamualaikum wtb Salam perjuangan..

Alhamdulilah, setelah sekian lama saya tidak dapat memblog dengan sempurna, maka hari saya luangkan sedikit masa untuk menulis sesuatu. Dakwah itu Perlu Hikmah dikendalikan oleh saya hampir 6 bulan yang lalu. Dan saya bukannya baru dalam blog ni. Dalam masa ini saja saya menguruskan 4 blog. Namun ini adalah blog peribadi saya yang kedua. Yang pertama dulu saya mulakan pada 2005 namun ntah tiba2 hilang semangat, maka terhentilah dan terus dilupai kata laluannya.

Pernah satu ketika saya meminta pendapat Dr Zulfahmi, sahabat saya di Mansura Mesir. Tanya pendapat dia tentang blog, antara yang saya ingat, “Blog ini sebaik2nya kita yang tulis sendiri, kalau hang copy paste orang punya, macam kurang la sket”.. Ternyata, sejak itu saya mula mengarang sendiri apa yang hendak saya perkatakan, samada ia isu ataupun hal peribadi saya.

Namun kesibukkan sebagai pelajar sering membataskan saya, dan ternyata bulan Ogos dan September begitu membebankan, pelbagai program dakwah, tugasan pelajar, KKBI, JPT serta Makro dan Mikro teaching untuk subjek minor dan major yang perlu diselesai dan di bentang. Dalam Ramadhan ini entah berapa kali saya berjaga mata hinggalah bertemu sahur dan subuh keesokkannya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang menelefon saya untuk menjemput saya memberikan pengisian Ramadhan. Saya tak dapat penuhi semuanya, maka kadang2 panggilan itu langsung saya tak sahut, saya lebih selesa bermesej dalam hal itu. Bukan kerana nak jual mahal, tapi kepadatan rutin yang harus di ambil kira di samping tidak mampu mengatakan “maaflah, ana ada kerja”, terus membuatkan saya diam bila di talefon, tambah lagi nombor yang tak dikenali. Bila bermesej, saya dapat menjawab, saya dapat pergi ataupun tidak. Dan paling tidak saya dapat rujuk jadual saya terlebih dahulu. Kehidupan saya sebagai pelajar harus diutamakan kerana “Dakwah no 1, pelajaran bukannya no 2”.

Dalam menyiapkan tugasan juga, saya sempat wujudkan blog “Menjana Pedagogi Terbilang”, link nya di sini. Bukan apa, saya wujudkan blog itu untuk memasukkan segala maklumat tentang pendidikan serta pedagogi. Tugasan serta bahan carian saya yang lepas. Bukan apa, untuk membantu student PISMP yang lain mencari bahan. Saya sudah merasa susah mencari bahan samada di alam digital mahupun di maktabah. Ada lamanya, tetapi terhad, maka blog tersebut untuk membantu. Dan bagi yang hendak mengambil bahan, dipersilakan. Lihat bahagian “ads”, jika anda nak mencari hal berkaitan pedagogi bahasa arab. Maka klik di situ. Kerana bahannya bercampur-campur. Ubahkan apa yang patut dan paling penting masukkan link blog saya ke dalam bibliografi tugasan anda, sebagai penghargaan sebagaimana perkara yang sama saya lakukan pada laman yang lain yang saya mendapat bahan. Rasanya, bila kita menghargai orang lain, kehidupan kita akan lebih berharga.

Doakan saya berjaya siapkan tugasan saya dengan jayanya, ada dua lagi task serta 2 Makro teaching yang perlu selesai dalam minggu ni.. Kemudian pulang beraya.. Pertengahan September, berada di sibu untuk perkhemahan unit beruniform, selepas itu akan terus ke Pahang untuk MTQ peringkat kebangsaan. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 21 September

Saturday, September 20, 2008

Guru dinasihat tumpu tugas hakiki

JOHOR BAHRU 20 Sept. - Golongan pendidik dinasihatkan tidak terganggu dan terpesong dengan iklim politik semasa, sebaliknya terus komited memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik anak bangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, kerajaan mengharapkan semua guru terus profesional melaksanakan tugas mereka.

Beliau berkata, guru-guru usah 'sibuk' menjadi penganalisis politik semasa di sekolah, sebaliknya hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki mereka.

''Saya tahu sejak enam bulan kebelakangan ini keadaan politik tidak menentu tetapi tidak usahlah kita sibuk menjadi penganalisis politik.

''Terus tumpukan perhatian kepada akademik dan usaha membentuk sikap, sahsiah dan pembentukan diri anak-anak kita," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat permuafakatan dengan 25 pemimpin kesatuan guru di seluruh negara dan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Razali yakin kira-kira 360,000 pendidik di seluruh negara tetap profesional dalam melaksanakan tugas mereka dan tidak mudah terganggu dengan keadaan politik semasa.

Rujukan di sini.

Gaji minimum RM1,050 bagi guru SRAR, KAFA

IPOH 16 Sept. - Seramai 35,713 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara bakal menerima elaun atau gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan jika keadaan ekonomi negara bertambah baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar baru elaun berkenaan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan kerana guru-guru terbabit pada masa ini hanya menerima bayaran sebanyak RM500 sebulan.

Beliau berkata, jumlah elaun tersebut sebenarnya adalah terlalu rendah malah berada di bawah paras kemiskinan walaupun setelah dicampur dengan elaun tambahan daripada kerajaan negeri iaitu sekitar RM50 hingga RM100 sebulan.

''Kertas cadangan bagi penstrukturan skim elaun itu sudah siap tetapi ekonomi sekarang tidak berapa baik dan tidak sesuai untuk kita minta kenaikan sekarang.

''Saya akan kemukakan cadangan menstrukturkan semula skim elaun guru-guru KAFA kepada S17 dan penyelia guru KAFA kepada S27 yang setaraf diploma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan sebaik sahaja ekonomi negara bertambah baik," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Perkapita dan Elaun Baru daripada Kerajaan Pusat kepada SRAR Integrasi KAFA Perak di sini hari ini.

Semalam, beliau turut mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada 1,600 guru SRAR dan KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan buat julung kalinya sejak 58 tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata, kertas cadangan berkaitan kenaikan bayaran elaun guru-guru terbabit sudah pasti akan dikemukakan kepada Perdana Menteri sebaik saja keadaan ekonomi negara mengizinkan.

Kata beliau, langkah itu sangat penting kerana kenaikan jumlah elaun itu memerlukan komitmen kewangan yang banyak oleh kerajaan.

Katanya, buat masa ini, kerajaan membelanjakan hampir RM210 juta setahun bagi membayar elaun sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru terlibat.

''Maka kalau dinaikkan kepada S17, ini bererti sekurang-kurangnya sebanyak RM700 juta diperlukan untuk menambah elaun mereka," jelas beliau.

Katanya, jumlah itu sebenarnya tidak begitu banyak berbanding dengan sumbangan yang akan diberikan oleh guru KAFA dalam mendidik anak-anak.

''Bagi saya banyak lagi wang yang telah dibelanjakan untuk pembangunan fizikal tetapi pembangunan kerohanian mesti turut diberi keutamaan dengan memberi penghargaan kepada guru-guru KAFA," katanya.

''Garis kemiskinan negara pada masa ini ialah RM720 sebulan sedangkan mereka hanya peroleh RM500 sebulan maka saya akan rayu kepada kerajaan Pusat supaya menambahkan elaun guru KAFA ini agar mereka berada di luar garis kemiskinan," katanya.

Rujukan di sini .

3,000 pensyarah IPG akan naik pangkat

KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Kira-kira 3,000 pensyarah di Institut Perguruan Guru (IPG) di seluruh negara berpeluang menikmati kenaikan pangkat dalam pelbagai jawatan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail (gambar) berkata, ini berikutan Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan maktab perguruan dinaik taraf sebagai IPG pada 25 Ogos lalu.

Menurutnya, serentak kelulusan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan kenaikan pangkat dalam jawatan kepada pensyarah di IPG yang dahulu dikenali sebagai maktab perguruan.

"Dengan kelulusan JPA itu juga semua pensyarah di IPG akan memulakan perkhidmatan dengan gred DG 44,'' katanya di sini semalam.

Jelasnya dengan kenaikan itu, pensyarah yang berada di gred DG 41 akan dinaikkan pangkat kepada DG 44, DG 44 kepada DG 48, DG 48 kepada DG 52 dan DG 52 kepada DG 54.

Menurut beliau, kenaikan pangkat itu merupakan peluang yang amat dinanti-nantikan oleh semua pensyarah selaras dengan pengiktirafan tersebut memandangkan peranan mereka untuk melatih dan melahirkan guru peringkat sarjana muda.

Beliau menambah, pensyarah terbabit wajar menerima kenaikan pangkat kerana perkhidmatan mereka telah setaraf dengan rakan-rakan pensyarah di universiti.

Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, pada masa ini tawaran kenaikan pangkat kepada pensyarah yang terlibat sedang diproses.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai keputusan sama ada mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, sebarang keputusan yang akan dibuat adalah untuk kepentingan pelajar sebagai pewaris dan modal insan negara.

Menurutnya, pada penghujung tahun ini satu polisi atau dasar akan dibuat oleh Kementerian Pelajaran tanpa memperjudikan masa depan anak-anak dalam menghadapi cabaran globalisasi termasuk keperluan pekerjaan pada masa depan.

Beliau berkata, dua lagi sesi sidang meja bulat akan diadakan bagi membincangkan keberkesanan dan kelemahan PPSMI iaitu diwakili oleh guru, wakil pelajar di institusi pengajian tinggi awam, kolej, matrikulasi dan sekolah berasrama penuh serta guru yang terlibat.

"Sesi terakhir sidang meja bulat itu akan melibatkan ahli-ahli politik yang akan turut melihat kepada keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),'' ujarnya.

Beliau akui kelemahan bahasa Inggeris bermula sejak dari dahulu lagi kerana beberapa faktor termasuk kemiskinan, malas dan persekitaran dan bukannya disebabkan mengajar dalam bahasa Inggeris.
Rujukan di sini .

Ordinan Pelajaran 1951

Laporan Cheeseman.
Antara isi yang terkandung di dalam laporan ini adalah menyusun semula sistem persekolahan, menghapuskan yuran peringkat rendah, semua murid boleh mempelajari bahasa Inggeris, pendidikan vokasional dijalankan namun ia menemui jalan buntu dan kegagalan serta tidak dapat dilaksanakan atas alasan dana yang besar diperlukan.

Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguruan berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan.

##Akibat daripada pertembungan dua laporan ini maka terhasil Ordinan Pelajaran 1951 bagi mengkaji semula dan membuat perubahan-perubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn Wu. Ordinan Pelajaran ini dihasilkan oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran dan dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Antara cadangan-cadangan dalam ordinan ini adalah Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar atas permitaan ibubapa jika memenuhi syarat 15 murid/POL, bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris dan begitu juga sebaliknya, sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran ini juga mempunyai halangan yang besar iaitu; kurang guru terlatih, Dana yang tidak mencukupi dan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan etnik Cina dan India.

Jawantankuasa Khas pula dicadangkan bagi memperbaiki Ordinan Pelajaran. Antara cadangan-cadangan yang terdapat dalam Jawatankuasa Khas adalah; menghadkan kemasukkan pelajar ke sekolah Inggeris, Penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, pengunaan tiga bahasa di sekolah venakular Cina dan Tamil dan menubuhkan sekolah vokasional.
Zaman kolonial British ini telah memberikan imej yang tidak disenangi oleh etnik lain antara isu-isunya adalah penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, menawarkan peluang tenaga buruh hanya pada peringkat rendah, kewujudan sekolah venakular dengan masalah kurikulum yang berbeza serta masalah bahasa pengantar serta lokasi yang terpinggir serta British juga cuba mengawal nasionalisme.
------------------------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 21 September

Sunday, September 14, 2008

طرق تدريس مهارة الكلام.

· الطريقة الحرفية

هذه الطريقة تنقسم إلى قسمين :

الصامتة
الصائة
أن المقصود بالأصوات الصامتة هو الهجائية العربية , وهي تترتب من ألف إلى الياء. بعض العلماء يصنفها في مجموعات بحسب مخارجها ومنهم من يعرضها بحسب صفاتها المشتركة أما نحن ندرس طلابنا الأصوات العربية الفصحى و نكتفي بالإشارة إلى حركات الفم و اللسان لتوصيف الحروف, فحينما ننطق الحروف أو الكلمة نطلب منهم أن ينظروا إلى أفواهنا وألسنتنا مثل فتح الفم وإخراج اللسان وغير ذلك.

أما المقصود بالأصوات الصائتة هي الحركات العربية فالحركات الأساسية في اللغة العربية ثلاث حركات قصار و ثلاث طوال, فالحركات القصيرة هي: الفتحة والضمة والكسرة, و أما الحركات الطويلة فهى ألف المد وياء المد وواو المد. أما تدريس بطريقها فيكتفي لنا أن نشير إلى أهمية الأصوات الصامتة من حيث إنها تغير فى معانى المفردات إذا لم تنطق نطقا صحيحا مثل : (جلس) و (جالس

Friday, September 12, 2008

Pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW

PENGENALAN

Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.
-Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama.
-Menanda wajibnya umat islam menuntut ilmu.
-Terdapat 1404 atau 25 % ayat al-Quran tentang pendidikan.

METODOLOGI

- “baca”@IQRA’ adalah metod yang pertama disaran islam dalam pendidikan.
- Pada peringkat awal , pendidikan islam adalah tanggungjawab orang perseorang @guru tanpa campur tangan kerajaan.
-Rasulullah sendiri menjadi guru untuk menyebarkan islam.
- Keadaan dan suasana masyakat di makkah dan madinah berbeza.
- Pendekatan yang berbeza juga digunakan semasa di makkah dan madinah.
- Di makkah pendidikan lebih berfokus kepada perkara-perkara akidah.
- Walau bagaimanapun pendidikan islam tetap berfokus kepada 3 perkara:

1.Pendidikan akidah
2. Pendidikan akhlak
3. Pendidikan syariah

- Pendidikan akhlak bermula dizaman makkah lagi dan ditambah pada zaman madinah.
- Adab-adab di madinah seperti adab masuk ke rumah jiran, adab berjiran dan adab bergaul dengan masyrakat.
- Rasulullah mengunakan metod pengajaran dengan membaca kisah-kisah dari al-Quran.
- Disamping itu Rasulullah mendidik melalui tauladan yang baik dari perkataan dan perbuatan.

SUMBER PENDIDIKAN


- Al Quran menjadi kitab yang pertama digunakan .
- Matapelajaran lain termasuklah dasar-dasar islam,seni Khat,sejarah ,menungang kuda,memanah dan bahasa asing.

Pusat pendidikan

- Semasa di Makkah pusat kegiatan pendidikan dirumah Rasulullah sendiri.
- Rumah al-Arqam juga dijadikan pusat dakwah dan pendidikan islam.
- Rumah al-arqam dianggap sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam.
- Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M.
- Setelah berhijrah ,Masjid Quba’ dan Nabawi didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan
- Masjid menjadi sekolah pertama didalam sejarah pendidikan islam
- Selepas itu, struktur pengajian menjadi lebih sistematik dan formal dengan terdirinya as-suffah
- Bukan markaz perang sahaja dibina, malahan tempat penyebaran dakwah dan ilmu.

PELAKSANAAN

- Semasa di makkah penyampaian secara senyap-senyap atau sulit.
- Tertumpu kepada kaum kerabat dan ahli keluarga.
- Khadijah,’ali bin abi talib, zaid bin harithah orang yang terawal memeluk islam
- Pendidikan islam yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w secara lemah lembut dan penuh hikmah.
- Ramai sahabat yang memeluk islam seperti:uthman bibn affan,abd rahman bin ‘auf,al-arqam bin abi al-arqam.
- Setelah 3 tahun berdakwah secara sulit,bertukar kepada pendidikan secara terang-terangan.
- Banyak rintangan untuk menyampaikan dakwah.
- Mempelbagaikan cara penyampaian dakwah seperti berpidato, syarahan,ceramah di pasar.
- Setelah berhijrah ke Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal.
- Amalan baginda yang berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan menulis mengajar orang tidak mengetahuinya.
- Hanya pendakwah yang pandai membaca dan menulis sahaja dihantar ke daerah yang baru memeluk islam.
- Cthnya: setelah Rasulullah menawan kembali kota Makkah, baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman.
- Khalifah umar menhantar ‘abdullah bin mas’ud ke Kufah dan abu musa assya’ari ke Basrah
- Pendidikan pertama rasulullah di madinah adalah memperkuatkan umat dan mengkikis sisa-sisa permusuhan.
- Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariat tanpa melupakan soal-soal lain.
- Semasa di Madinah hal berkaitan ibadat ditingkatkan.
- Solat jumaat mula diwajibkan
- Solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha didirikan
- Diberi peringatan supaya menjaga waktu solat fardu
- Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2 hijrah
- Begitu juga ibadat Haji pada 6 hijrah
- Orang yang tahu menulis dan membaca disuruh menulis wahyu .
- Orang pandai diminta mengajar orang tidak tahu.cth; tawanan perang badar.
- Umat islam digalakkan belajar bahasa asing.
- Pendidikan wanita tidak juga diabaikan.pendidikan yang disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan.

Kesimpulan
- Sistem pendidikan dizaman Rasulullah adalah paling sempurna.
- Menjadi model dan dan ikutan sepanjang zaman.
- Pendidikan yang bersumberkan wahyu (al-Quran) dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi dunia akhirat.
- Baginda Rasulullah adalah pendidik terulung sepanjang zaman.
- Terbukti dengan lahirnya insan –insan hebat pada zaman baginda.

---------------------------------------------------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::

Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani

Markaz Tarbiah Haraki 12 September

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK).

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia)
2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.
4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.
5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Pengaruh faktor-faktor(Mok Soon Sang:2001:217) tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang diturunkan berikut:-

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ”

1. Faktor Agama.

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

2. Faktor Sosial.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

4. Faktor Ekonomi.
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

5. Faktor Individu
Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

6. Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.
-------------------------------------------------------------------------------
- Carian atas talian untuk nota kuliah subjek Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 12 September

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ”

Laporan Barnes dan Fenn-Wu

Laporan Barnes

Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguruan berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.

· Cadangan terhadap perubahan sistem pendidikan ini telah dikemukakan pada tahun 1951dan pihak British telah melantik jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Oxford University, England untuk menyelidik dan mengkaji jenis sistem pendidikan yang sesuai diaplikasikan di Tanah Melayu.[33] Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Penyata Barnes. Apa yang ingin ditekankan ialah penubuhanpendidikan rendah yang tidak berbentuk perkauman yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, proses ini agak lambat untuk dilaksanakan, oleh itu kerajaan British pada masa itu mencadangkan agar penekanan harus diberikan pada mutu (kualiti) bukan pada kuantiti memandangkan langkah ini merupakan peluang keemasan untuk pelajar Cina mendapatkan taraf pendidikan yang agak tinggi.[34] Sebelum ini mutu pendidikan bagi masyarakat Cin adalah rendah malah tidak teratur.

· Laporan Barnes mempunyai implikasi terhadap matlamat kerajaanBritish untuk menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan kaum Cina serta kaum bukan Melayu yang lain. Justeru itu Penyata Barnes telah mencadangkan agar sekolah bantuan kerajaan dimansuhkan dan ditubuhkan sekolah vernacular (sekolah jenis kebangsaan) serta penubuhan interracial school (sekolah kebangsaan di peringkat pendidikan rendah).[35] Jenis pendidikan ini dibuka kepada semua pelajar dri semua kaum dan tenaga pengajarnya pula terdiri dari guru-guru yang berwarganegara Persekutuan Tanah Melayu serta mempunyai pendidikan yang lengkap. Bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem pendidikan ini hanyalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Dalam satu kenyataan yang dikemukakan dalamLaporan Barnes, ia mengkehendaki semua pelajar bukan Melayu mengambil inisistif untuk mempelajari kedua bahasa ini dengan baik dan penuh komitmen sebagai tanda kasih pada Tanah Melayu serta menghapuskan perasaan perkauman dalam diri masing-masing.[36] Namun begitu sekiranya para pelajar atau ibu bapa tidak bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang dicadangkan, mereka masih diberi peluang untuk memilih sekolah vernakular sebagai tempat pendidikan awal anak-anak mereka.

Nasib pendidikan Melayu dan sekaligus nasib bahasa Melayu di tangan penjajah Inggeris tampak cerah sedikit apabila kerajaan Inggeris membentuk Jawatankuasa Barnes (mengambil sempena nama pengerusinya L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford, London) pada tahun 1951 yang mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan, di sisi terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris. Laporan Barnes sedikit banyak mendukung falsafah menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan. Bagaimanapun peranan bahasa Melayu tetap terbatas di peringkat sekolah rendah dan apabila ke sekolah menengah murid-murid akan melalui sistem pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa Inggeris (Asmah Haji Omar, 1984: 18 dan Mohd. Salleh Lebar, 1988: 45-47).

Laporan Fenn Wu

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan.

· Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes ini telah menimbulkan pertentangan dari masyarakat Cina yang menganggap sistem pendidikan ini mengandungi ciri-ciri pemikiran kaum yang cetek dan tidak menekankan semangat toleransi antara kaum. Juseru itu pihak kerajaan telah digesa agar melantik satu jawatankuasa lain uantuk menilai mutu pendidikan bagi seluruh kaum di Tanah Melayu, yang lebih dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu.[37] Penyata Fenn-Wu telah diwakilkan oleh dua orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao dan diminta untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara pendidikan yang sedang dilaksanakan pada waktu itu, iaitu bercorak perkauman dengan cadangan penubuhan pendidikan rendah yang tidak mempunyai unsur perkauman. Di samping itu bahasa pengantar perlulah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa pengantar lain sebagai subjek pilihan (optinal). Selain itu penyata ini juga perlu mengkaji dan menyediakan buku-buku teks yang mengandungi unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina.

· Namun begitu Penyata Fenn-Wu ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep Malayanisasi dan penyata ini juga ternyata berbeza jauh dengan Laporan Barnes yang sebelumnya. Apa yang menjadi pertentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan di peringkat rendah.

Kesimpulan
· Nasib pendidikan Melayu dan sekaligus nasib bahasa Melayu di tangan penjajah Inggeris tampak cerah sedikit apabila kerajaan Inggeris membentuk Jawatankuasa Barnes (mengambil sempena nama pengerusinya L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford, London) pada tahun 1951 yang mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan, di sisi terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris. Laporan Barnes sedikit banyak mendukung falsafah menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan. Bagaimanapun peranan bahasa Melayu tetap terbatas di peringkat sekolah rendah dan apabila ke sekolah menengah murid-murid akan melalui sistem pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa Inggeris (Asmah Haji Omar, 1984: 18 dan Mohd. Salleh Lebar, 1988: 45-47).

· Tiada keputusan rasmi yang dapat dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut. Oleh itu suatu jawatankuasa telah ditubuhkan dimana ahlinya termasuk pemimpin MCA untuk menilai dan memberi cadangan ke atas kedua-dua laporan tersebut, iaitu Laporan Brnes dan Penyata Fenn-Wu. Jawatankuasa ini telah mengeluarkan satu resolusi bahawa pendidikan Inggeris dan pendidikan Melayu perlu diajar untuk tempoh enam tahun pertama pendidikan di sekolah rendah. Jawatankuasa ini telah mencadangkan agar ditubuhkan dua jenis sekolah kebangsaan, iaitu yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja, samada Inggeris atau Melayu.[39] Sekolah-sekolah Cina dan Tamil masih dibenarkan beroperasi dengan syarat penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terus digunakan sebagai mata pelajaran di samping subjek yang lain. Syarat-syarat ini kemudiannya dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1952.

· Usul Laporan Barnes agar hanya ada dua aliran sekolah rendah, iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris sahaja mendapat tentangan kaum Cina dan India sehingga batallah usul itu. Kerajaan Inggeris pada tahun 1951 membentuk Jawatankuasa Fenn-Wu yang mengkaji kepentingan pendidikan kaum Cina. Sebuah jawatankuasa khas dibentuk sesudah itu untuk menyelaraskan usul-usul Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Antara usul jawatankuasa khas itu termasuklah:

* Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu aliran bahasa Melayu dan aliran bahasa Inggeris.

* Kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil jika ada permintaan sekurang- kurangnya daripada 15 orang murid dalam kelas.

* Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah.

· Usul-usul itu diluluskan oleh Majlis Perundang-undangan Persekutuan pada bulan September 1951 dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan itu menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan, dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak merupakan sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Usul-usul itu bagaimanapun tidak terlaksana kerana kekurangan biaya, kekurangan guru terlatih, dan bantahan masyarakat Cina dan Tamil. Kerajaan sekali lagi membentuk jawatankuasa khas dan salah satu keputusannya ialah “penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan di sekolah Tamil supaya akhirnya dapat diserapkan ke dalam sistem persekolahan kebangsaan. Sehingga tahun 1956 temyata bahawa ketetapan tersebut tidak terlaksana juga (Mohd. Salleh Lebar, 1988:50).
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Carian atas talian untuk nota kuliah subjek Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 12 September

Thursday, September 11, 2008

Cubaan

Assalamulaikum,
sekadar mencuba sahaja...