IBNU ABBAS
Merupakan sepupu Rasulullah
Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah
Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau merupakan gabenor di Basrah
Beliau meninggal dunia di Taif pada tahun 65 Hijrah
Baginda pernah mendakap beliau dan memeluknya seraya berkata:“Ya Allah, ajarkanlah dia hikmah (dalam riwayat:) Al-Quran.”
Baginda pernah berkata kepadanya semasa beliau membawa air wudhuk untuk Baginda: “Ya Allah, kurniakanlah dia kefahaman dalam agama.”
Berkat doa inilah beliau menjadi tokoh umat ini dalam ilmu tafsir dan fekah. Allah Ta’ala telah mendorongnya untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan bersabar dalam menerima dan menyebar ilmu. Dengan usaha ini, beliau telah mendapat kedudukan tinggi sehinggalah Amir al-mukminin Umar al-Khattab ra sering memanggil Ibnu Abbas untuk hadir dalam perjumpaannya dan sering menerima pendapat dari Abdullah ibnu Abbas. Melihat ini, golongan muhajirin berkata:“Kenapa engkau tidak memanggil anak-anak kami sebagaimana engkau memanggil Ibnu Abbas?”Umar menjawab: “Beliau ialah anak muda yang dewasa. Beliau mempunyai lidah yang banyak dan hati yang kuat kefahaman.”
Satu hari Umar ra telah memanggil mereka semua bersama Ibnu Abbas untuk menunjukkan kehebatan Ibnu Abbas kepada mereka. “Apa pendapat kamu semua tentang firman Allah Ta’ala (al-Nasr 110:1) yang maksudnya ‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.’ Umar membaca sehingga akhir surah. Sesetengah mereka menjawab “Kita diperintahkan untuk memuji Allah dan memohon keampunan daripadaNya apabila kita diberi pertolongan.” Sesetengah mereka hanya berdiam diri. Umar bertanya ibnu Abbas, “Adakah begitu pendapat kamu?” Jawab Ibnu Abbas. “Tidak”. Umar bertanya, “Kalau tidak, apa dia?” Jawab Ibnu Abbas, “Ianya menunjukkan ajal Rasulullah saw. Allah memberitahu baginda tentang wafatnya. Apabila datang pertolongan Allah, dan pembukaan Mekah, itu adalah petanda dekatnya ajalmu. Jadi hendaklah kamu memuji Tuhanmu dan meminta pengampunanNya kerana sesungguhnya Dia Maha penerima taubat.” Umar berkata, “Apa yang aku tahu tidak melebihi apa yang engkau tahu.”
Ibnu Masud berkata;“Ibnu Abbas adalah sebaik-baik pentafsir Al-Quran. Sekiranya dia sebaya dengan kami, pasti tidak seorangpun daripada kami dapat menandinginya.”
Beginilah keadaan ilmu Ibnu Abbas yang hidup 36 tahun selepas Ibnu Mas’ud meninggal. Sudah tentu ilmunya banyak bertambah selepas itu.Apabila Ibnu Umar ditanya tentang satu ayat tertentu, dia menjawab;“Pergilah berjumpa Ibnu Abbas dan tanyalah dia. Sesungguhnya dialah orang yang paling mengetahui tentang tentang wahyu yang turun ke atas Nabi Muhammad saw sekarang ini.”
Abu Wail telah berkata;“Ibnu Abbas, sebagai pemimpin jemaah haji yang dilantik Uthman, telah membaca khutbah semasa musim haji. Beliau membaca serah al-Nur, membaca satu demi satu ayat dan mentafsirkannya. Aku lalu berkata, “Tidak pernah aku lihat mahupun mendengar percakapan lelaki sepertinya. Kalaulah Parsi dan Rom dan Turki mendengar kata-katanya, pasti mereka akan memeluk Islam.”
Uthman melantiknya memimpin jemaah haji pada tahun 35 Hijrah. Ali pula telah melantiknya menjadi menteri besar di Basrah. Apabila Ali dibunuh, Ibnu Abbas telah pergi ke Hijjaz dan menetap di Mekah. Kemudian beliau pergi ke Taif. Beliau wafat di sana pada tahun 68 H pada masa umurnya 71 tahun.
Dalam masa kekhalifahan Uthman bin Affan RA, beliau bergabung dengan pasukan muslimin yang berekspedisi ke Afrika Utara, di bawah pimpinan Abdullah bin Abi-Sarh. Beliau terlibat dalam pertempuran dan juga dalam dakwah di sana. Semasa pemerintahan Ali bin Abi Thalib RA, Ibnu Abbas mengajukan permohonan untuk menemui dan berda'wah kepada kaum Khawarij. Melalui dialog dan diskusinya yang padat sekitar 12,000 dari 16,000 khawarij bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang benar. Abdullah bin Abbas, yang muda yang ulama, wafat dalam usia 71 tahun pada tahun 68H. Sahabat Abu Hurairah RA, berkata "Hari ini telah wafat ulama ummat. Semoga ALlah SWT berkenan memberikan pengganti AbduLlah bin Abbas."

No comments:
Post a Comment